Seseorang
telah terlewat bangun bersahur kerana tertidur. Ketika sedang makan,
dia terdengar adzan Subuh. Mestikah dia bersegera berhenti makan sebaik
saja mendengar azdan atau pun meneruskan sahurnya sehingga tamat azan?
Jawapan:
Jika
benarlah azan Subuh telah ditetapkan di dalam waktu tertentu mengikut
takwim atau kalendar sesebuah negeri tempat dia berpuasa, wajiblah dia
berhenti makan dan minum dengan segera sebaik sahaja mendengar azan
Subuh. Jika ada makanan di dalam mulut, hendaklah dia mengeluarkannya.
Akan
tetapi jika dia tahu ada beberapa minit lagi hendak habis waktu
bersahur, atau sekurang-kurangnya dia syak begitu, dia boleh makan dan
minum sehingga yakin fajar telah terbit.
Kini, kemudahan kalendar untuk mengetahui waktu Imsak ada di setiap rumah.
Seorang lelaki berkata kepada Ibnu Abbas r.a.:
"Saya sedang bersahur. Apabila saya syak, saya berimsak (berhenti bersahur)."
Ibnu Abbas berkata:
"Makanlah ketika engkau syak sehingga hilang syak engkau."
Imam Ahmad pula berkata: "Apabila engkau syak tentang fajar, makanlah sehingga engkau yakin terbitnya fajar."
Menurut
Imam Nawawi, mereka yang berpegang dengan mazhab Syafii bersepakat
mengharuskan makan ketika syak tentang terbitnya fajar. Dalilnya Allah
telah mengharuskan makan dan minum pada waktu malam sehinggalah terbit
fajar. Ini jelas sebagaimana firman-Nya:
"Maka
sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah
untukmu, dan makan minumlah hingga jelas bagimu benang putih daripada
benang hitam, iaitu fajar." AI-Baqarah:187
Dari
sini jelaslah bahawa imsak itu satu waktu yang ditentukan sebelum
terbit fajar. Namun begitu, tidak ada nas daripada kitab atau hadis
tentangnya.
Fatwa Muasyirah
Dr Yusuf Qardhawi
Video Kuliah Ustaz Idrus Mengenai Hukum Sahur Ketika Adzan/Azan Subuh & Jimak

